Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2008

Suami Di Akhirat

MARI kita RENUNGKAN BERSAMA SIAPA SUAMI KITA DI AKHIRAT NANTI….

MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ” Tiada si bujang di dalam syurga” (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelAki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di a berkahwin.

Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. “wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir”.

Read Full Post »

Tangisan Rasulullah menggegarkan Arasy

Untuk renungan bersama. Semoga bermanfaat.

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang.

Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang

Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-segalanya telah hilang dari diri seseorang.

“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir:

“Ya Karim! Ya Karim!”

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!”

Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi:

“Ya Karim!Ya Karim!”

Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya
“Ya Karim! Ya Karim!”

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh kebelakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.

Orang itu lalu berkata:

“Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi?Kalaulah bukan kerana ketampananmu
dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku,Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”

“Belum,”jawab orang itu.

“Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”

“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya:

“Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!”

Melihat Nabi dihadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad?!”

“Ya” jawab Nabi s.a.w.

Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah
s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

“Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya,

Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi
orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata:

“Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di
hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil
mahupun yang besar!”

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata:

“Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan
dengannya!” kata orang Arab badwi itu.

“Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?” Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran
maghfirahnya,’ jawab orang itu.

‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba,
maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.Jika
Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan
pula betapa kedermawanannya!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun
menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu,
air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

“Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:

Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga
Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,
juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni
semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!”

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut, lalu
menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. ”

Kalau tidak keberatan…. Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara
Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada
kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia… ”

___

Read Full Post »

Grumpy

Yea, yea.I know i havnt been blogging since.. i dunt know….

But Today is the most grumpiest day in March.I have alot of problems to solve in my office.One would be my colleague’s responsibility.One would be system’s error.And the rest ill just fixed it by tomorrow.

I woke up really late today.But luckily i arrive just on time.I finish really late today.And on my way back to my aunt’s place for tahlil, the road at my Spg is for pack due to a function going on there.

YA will be back from her China trip.Lets see what she got tomorrow.Cant wait for my trip to Bangkok.Not shopping purposes but sja makan angin.

I better sleep early tonite.I hve been watching DVDs to late nites.Maybe that makes me alot sighing during the day?(maybe) I have watch “Ayat-ayat cinta”.I am so inlove with this movie.A lil bit typical like other indonesian movies but this movie , you never expect what would come.I would recommend to everyone espeacially to people who wana know what is Love in Islam. 2 THUMBS UP!

Ayat Ayat Cinta

I havent been swimming actually.Weather changes all of the sudden lately.BIBD’s pool is consider a small pool for me..so it doesnt give me so much of a “kick”.

I dunt know if i can swim this week.It is D’s Wedding.I cant missed it.She will be like so menyamal.Hehehe…

Read Full Post »